
Orang yang depa call tu tak perlu berdepan pun dengan telemarketing ni. Jadi depa akan bercakap… bercakap… bercakap… sehinggalah orang atau prospect tu menjawap ‘Ya’ atau sebagainya tanda setuju. Apa yang kebanyakan kita tak tau ialah setiap panggilan akan dirakam. Setiap rakaman akan disimpan dan menjadi bukti tanda kita setuju. Anda tak perlu sign apa-apa borang pun. Macam mana depa link dengan bank supaya potongan akaun dibuat saya tak pasti. Anda sendiri boleh cari jawapannya.
Antara risiko paling teruk bila beli insurans melalui telefon ni ialah bila nak buat claim. Sapa yang akan uruskan. Anda boleh bayangkan tak. Percaya tak… andalah yang kena buat sendiri semua. Bayangkan kalau dalam keadaan baru lepas sakit… lepas tu nak kena proses buat claim sendiri lagi. Kalau meninggal pulak… waris yang akan buatkan. Anda nak pi berurusan dengan kerani kat kaunter syarikat insurans tu? Pernah baca pengalaman orang yang nak buat claim naik turun pejabat insurans.
Inilah antara sebab kenapa anda perlu beli melalui ejen berdaftar. Kalau apa-apa semua ejen akan uruskan. Dan anda boleh buat kawan dengan ejen-ejen ni. Dan pastikan ejen anda sentiasa boleh dihubungi.