Dunia Takaful

Key-Man – Insurans dan Takaful Untuk Rakan Niaga Anda

Assalamualaikum semua… kalau anda ada mempunyai business yang dikongsi bersama rakan anda… mai baca sini… saya nak share satu benda…

Anda pernah dengaq Key-Man… ni ialah istilah insurans untuk perlindungan business partner anda… penting… sangat penting untuk melindungi perniagaan anda.

Bagaimana ia melindungi perniagaan anda…

Mudah saja… simple…

Saya bagi contoh… Si A dan Si B berpakat nak tubuhkan satu syarikat… Si A ni dia keluaq modai RM5 juta… sama jugak Si B keluaq modai RM5 juta… Si A ni takut Si B mati.. kalau Si B mati… Si A terpaksa jual semua aset dalam syarikat depa untuk dibayar balik kepada famili Si B… so dia apply Key-Man Insurans ni kat Si B… apply lah Sum Insured RM5 juta (atau lebih… ikutlah berapa yang depa setuju). Ini bermakna kalau Si B mati Si A ni tak la bersusah payah nak jual aset… atau mungkin tutup business.

Samalah jugak sebaliknya kalau Si B takut Si A mati. Dia pun boleh apply Key-Man ni kat Si A jugak.

Selalunya jumlah Sum Insured untuk polisi Key-Man ni sangat besar. Mai tengok satu polisi client ejen saya dengan jumlah Sum Insured yang besar. Bila Sum Insured besar maka jumlah premium bulanan pun besar jugak.

Jangan terkejut… ini biasa saja untuk nak cover business partner anda… ianya boleh menyelamatkan business anda. Sebenarnya jumlah premium tu bukan anda yang bayar. Ianya boleh dimasukkan ke dalam expenses company. Company yang bayar.

Kepada bos-bos atau pemilik-pemilik syarikat semua… boleh contact saya… selamatkan perniagaan anda.