Dunia Takaful

Kecederaan Kepala Utama

 

Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya.

Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.


……