Kerjaya Pilihan – Perunding PruBSN Takaful

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || ).push({ google_ad_client: "ca-pub-1243686434996181", enable_page_level_ads: true }); Artikel ini sedikit panjang. Biar saya tulis dengan santai. Tak terlalu formal. Anda perlu baca bagi habis. Hadamkan. Pernah terfikir tak anda nak jadi Perunding Takaful satu masa dulu? Tidak bukan? Masa sekolah dulu kalau cikgu tanya "Besar nanti kamu nak jadi apa?" Tentu jawapan dia seperti biasa... Cikgu, Doktor, Engineer, Pensyarah, Pilot atau apa saja kerja yang best-best kan... hahaha... Baiklah, mari saya explain bagaimana kerjaya yang bukan menjadi pilihan ni boleh merubah masa depan anda. Kebanyakan Perunding Takaful datang dari pelbagai latar belakang. Ada guru, ada salesman, ada engineer, ada bankers malah doktor pun ada. Kebanyakannya datang dari senarai kerjaya utama yang kita pilih masa sekolah tadi. Bila masuk dalam bidang ni, semua jadi sama, cuma latar belakang education saja yang membezakan. Walaupun ada yang datang dari latar belakang yang hebat-hebat, tak semestinya mereka boleh bertahan dalam industri ini. Ada juga yang hilang selepas beberapa tahun. Tapi bagi yang jiwanya jiwa businessman, kebanyakannya boleh bertahan. Jadi kalau anda datang dari latar belakang dengan sekadar SPM saja,...

Continue reading

Cyst – Ya! Takaful Cover

Cyst - antara penyakit ketumbuhan yang sudah menjadi kebiasaan bagi kaum wanita. Ramai yang tanya Takaful cover tak cyst ni. Ya... cover tapi dengan syarat. Kebiasaannya setiap ketumbuhan cyst ada saiz dia. Dari saiz itu pulak doktor boleh buat kesimpulan tentang umur cyst tersebut. Sudah berapa lama cyst tu wujud. Ya... pastikan cyst tersebut wujud selepas anda apply Takaful. Kalau doktor tulis di dalam laporan perubatan mengatakan cyst tersebut telah wujud sekian sekian lama, dan tempoh tersebut anda belum apply Takaful, PASTI Takaful anda tak cover. Untuk mengelakkan anda terlewat, pastikan anda apply takaful awal-awal. Anda boleh follow di FB Page Dr Hamid Arshat. Banyak info tentang penyakit-penyakit di situ.

Continue reading

Kanser Menyerang Tak Kira Usia

Tak sangka kan... mula-mula kecik saja... artikel ni adalah sharing dari client saya juga... sebab client saya ni dah buat kemo dan tengah buat radiotherapy... so macam-macam dia jumpa kat hospital... Jom baca kandungan artikel ni... Sumber : Harian Metro Kanser sekarang sangat mudah menyerang. Jangan ingat umur muda kita boleh bebas dari penyakit kritikal. Berhati-hati kawan-kawan. Kos rawatan untuk kanser adalah antara yang tertinggi. Anda boleh survey berapa kos-kos untuk buat kemo dan radiotherapy. Jom kita jaga kesihatan. Amalkan makan durian belanda. Saya dah tanam pokoknya. Tak lama lagi berbuah lah tu. Hehehe... Satu lagi amalan untuk mengelak kanser ialah makan pulur buah nanas. Pulur dia yang tengah-tengah buah tu. Jarang orang makan yang bahagian tu. Tapi itu antara pencegah kanser juga. Tapi kalau takut juga terkena kanser, risau pasal kos-kos perubatan dia apa semua, apply takaful. InsyaAllah client saya ramai dah yang boleh elakkan dari guna duit simpanan depa. Kos hospital takaful yang tanggung. Duit simpanan boleh guna untuk benda lain. Siap dapat pampasan lagi.  

Continue reading

Susah Senang Kehidupan – Ujian Allah

Setiap dari kita mempunyai untung nasib yang berbeza. Semua ini telah ditetapkan oleh Allah sejak azali. Telah tertulis rezeki kita sejak dari Luh Mahfuz lagi. Jangan kita bangga dengan apa yang kita ada hari ini. Sekelip mata Allah boleh bagi, sekelip mata juga Allah boleh tarik. Allahuakbar! Artikel dari Metro ini adalah sebahagian dari kisah dalam masyarakat kebanyakan. Sumber : Metro Apa yang telah berlaku di dalam masyarakat kita, boleh kita jadikan iktibar. Kita boleh merancang untuk mengelakkan dari semua ini berlaku. Ya... memang Allah dah tetapkan semuanya. Tapi DOA boleh mengubah untung nasib kita. Doa yang disertakan dengan usaha. Masyaallah! Untuk menjadikan perkara ini sebagai pengajaran kepada kita, cuba kita lihat pendapatan arwah di dalam artikel di atas. Jumlah pendapatan melebihi RM15,000 sebulan bukanlah jumlah yang kecil bagi kebanyakan kita. Ia agak besar. Bayangkan jika anda mempunyai pendapatan tetap RM15,000 lebih sebulan. Bila meninggal saja hilang sekelip mata RM15,000 sebulan tu. Saya sebagai ejen PruBSN Takaful, apa lagilah cadangan saya yang boleh bagi. Apply Takaful. Itu saja caranya. Jika anda dengan pendapatan RM15,000 sebulan, dan anda cuma carum 10% saja dari gaji tu, bayangkan berapa banyak perlindungan yang anda boleh dapat. RM1,000,000.00 ... ya RM SATU JUTA! Sudah tentu orang yang kita tinggalkan boleh meneruskan kehidupan dengan...

Continue reading

Live Life Like Puzzle Bar

Kehidupan ni umpama puzzle... saling perlu memerlukan... Di sekeliling kita ni ada bermacam-macam orang... kaya, miskin, pelbagai kerjaya, pelbagai pemikiran, pelbagai budaya... dan macam-macam lagi... Sebenarnya semua dari kita saling memerlukan antara satu sama lain... dan wujudlah perniagaan... kaya dan miskin adalah satu masalah... perniagaan wujud apabila adanya masalah... orang kaya perlukan orang miskin untuk menderma... orang miskin perlukan orang kaya untuk menerima derma... Dan bermacam-macam kerjaya yang ada di sekeliling kita... kehidupan manusia yang normal adalah memerlukan antara satu sama lain... kecuali hidup di hutan jadi Tarzan... itu pun Tarzan perlukan binatang-binatang untuk hidup... hahahaha... Peranan kita sebagai manusia penting kepada manusia lain... hidup yang berguna ialah hidup yang sentiasa memberi... Sebab itulah wujudnya "what you give... you will get back" Jom kita jadi manusia yang berguna... yang sentiasa bermanfaat... yang saling melengkapi...  

Continue reading

Kadar Penembusan Pasaran Takaful Dari 2009 – 2016

Kadar penembusan pasaran takaful... mari kita lihat keratan akhbar waktu-waktu terawal saya mula terlibat dalam bidang keusahawanan takaful dulu... Peratus kadar penembusan pada tahun 2009 ialah 7.7%... manakala pada tahun 2016 cuma 10%... lihatlah peratus perbezaannya... tak sampai 3% pun kenaikan bagi tempoh dari tahun 2009 hingga 2016... Berapa ramai yang masih belum mempunyai perlindungan Takaful... pasaran masih luas... masih ada 90% lagi yang belum ada takaful... tak pa kita tolak yang sakit atau tak layak nak apply... berapa peratus agak-agaknya ya... itu belum kira yang dah stop polisi sebelum ni... mana tau dia nak sambung balik kaa... kalau nak kira yang beranak hari-hari kat hospital tu memang tak ada alasan untuk kita tak buat takaful... Jom sertai kami... kita bantu supaya lebih ramai orang di luar sana mendapatkan perlindungan Takaful... *Ingat!... TAKAFUL saja yaa... sebab apa... BACA SINI... *Nak jadi PruBSN Takaful Planner?... isi form kat SINI... *Like Page PruBSN Takaful Business ...

Continue reading

Pentingnya Kerjasama

Saya sangat suka dengan video ni... ini antara contoh betapa pentingnya kerjasama dalam kumpulan. Mari kita tonton dengan teliti. Nampakkan... lihat perbezaan antara dua kumpulan tu... kumpulan baju merah mempunyai segala kekuatan dari segi fizikal. Baju kuning pulak nampak sangat lemah. Tapi satu kelemahan baju merah, mereka tak boleh bersatu. Bertelagah sesama sendiri. Tidak mendengar arahan kapten. Nampak ada orang lain pun nak jadi kapten jugak dalam satu kapal. Bila ada dua kapten memang kapal tak akan boleh bergerak. Baju kuning pulak, mereka patuh arahan. Tidak ada pertelagahan langsung. Mereka mendayung sambil pejam mata. Mendayung dan terus mendayung sampai lepas garisan Tamat... malah sampai lajak ke mana entah! Lihatlah... betapa pentingnya kita bersatu dan patuh arahan kapten. Bolehkah kita relate kan dengan business kita? Ya!... sangat related. Saya relate kan dengan business takaful yang saya buat sekarang. Bagi saya tidak ada Leader yang inginkan business partner atau dengan kata lain ejen-ejen dia susah. Sudah tentu dia nak semua berjaya. Mungkin kadang-kadang ada leader yang menggariskan RULES dalam agency yang nampak terlalu ketat. Apa yang dibuat mungkin berdasarkan pengalaman selama beliau dalam business. Dan mungkin dia mahukan sesuatu yang lebih baik... atau mungkin untuk sesuatu yang TERBAIK... maka diadakan satu RULES yang mewajibkan semua ikut. Mungkin pula ada...

Continue reading

Kepentingan Takaful Perubatan – Rubayah Yakob

Saban hari kita didedahkan dengan nilai kepentingan mempunyai tabung kecemasan perubatan. Saban hari juga kita melihat betapa ramai yang terpaksa menanggung kos-kos perubatan. Mari kita lihat dari perspektif seorang pensyarah UKM. Beliau menulis panjang lebar. Jom kita hadamkan...Kepentingan takaful perubatan Oleh Rubayah Yakob AHAD, 27 MAC 2016 @ 7:01 AM PEMBIAYAAN terhadap penjagaan kesihatan perlu dilihat sebagai antara aspek yang serius dalam kalangan masyarakat hari ini. Di negara barat, pembelian insurans perubatan dan kesihatan, turut menyokong sistem pembiayaan penjagaan kesihatan mereka menjadi lebih berkesan dan teratur. Hal yang sama sepatutnya berlaku di Malaysia. Pembelian takaful perubatan dan kesihatan mampu menjadi pelengkap kepada sistem pembiayaan penjagaan kesihatan yang sedia ada.  Kini, ada pelbagai produk takaful perubatan dan kesihatan di pasaran tempatan. Malangnya, masih ramai individu di negara ini tidak memiliki takaful perubatan dan kesihatan.  Mengapa hal ini berlaku? Antara sebabnya ialah sebahagian masyarakat tidak memahami peri pentingnya perlindungan takaful perubatan dan kesihatan dalam kehidupan mereka. Pada dasarnya, takaful perubatan dan kesihatan akan membayar perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pemilik atau pemegang polisi sebagai balasan bagi bayaran premium. Takaful perubatan dan kesihatan merangkumi beberapa jenis kontrak takaful yang melindungi risiko yang berbeza.  Polisi takaful perubatan dan kesihatan yang asas, biasanya akan memberi perlindungan terhadap risiko hilang upaya yang berpunca daripada penyakit tertentu...

Continue reading

Majoriti Miliki Insurans Hayat Di Bawah Perlindungan Sebenar – LIAM

Dari tajuk kat atas tu apa yang kita faham? Apakah yang dimaksudkan dengan 'di bawah perlindungan sebenar'? Ok... mari baca artikel kat bawah ni... Ramzi Toubassy KUALA LUMPUR : Hampir 90 peratus daripada rakyat Malaysia yang dilindungi insurans hayat, mempunyai perlindungan di bawah kadar sebenar, kata Pengerusi Jawatankuasa Promosi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Ramzi Toubassy.  "Pada 2015, kira-kira 50 peratus (lebih kurang 12.5 juta) daripada penduduk Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat tetapi hampir 90 peratus daripada mereka di bawah perlindungan sebenar, yang bermaksud perlindungan insurans mereka mungkin hanya satu atau dua kali pendapatan tahunan mereka," katanya.  "Apabila sesuatu yang tidak ingini berlaku kepada mereka, wang untuk keluarga mereka mungkin hanya dapat bertahan selama satu atau dua tahun," katanya.  Jumlah itu, katanya, jauh daripada peraturan industri insurans hayat yang menyatakan seorang individu yang juga pencari nafkah, dicadangkan mempunyai perlindungan insurans hayat bersamaan 10 kali pendapatan tahunannya.  Dengan jumlah perlindungan diinsuranskan lebih tinggi, sekurang-kurangnya dapat menjamin kehidupan keluarga selama 10 tahun akan datang, katanya. Walaupun nisbah yang tinggi penduduk di bawah perlindungan sebenar insurans di negara ini, Toubassy kekal optimis bahawa Malaysia boleh mencapai sasaran mempunyai 75 peratus daripada penduduknya diinsuranskan pada tahun 2020. Industri insurans hayat Malaysia mencatatkan pertumbuhan 6.2 peratus dalam perlindungan insurans kepada RM1.24 trilion pada 2015...

Continue reading