Bagaimana anda boleh bermula sebagai PruBSN Takaful Planner?

Saya akan explain step by step.

Pertama sekali anda perlu faham kerjaya PruBSN Takaful Planner ni bagaimana. Harap sebelum anda baca posting ni anda sudah faham kerjaya ni macam mana.

Ok… untuk bermula, anda perlu ada lesen untuk menjual Takaful. Tak ada lesen memang tak boleh jual. Kalau anda jual juga itu menjadi satu kesalahan. Sebab perniagaan Takaful adalah tertakluk di bawah akta Bank Negara. Kalau anda jual tanpa ada lesen ni selalunya anda jual bagi pihak orang lain. Selalunya akan guna lesen LEADER atau Manager lah. Rugilah macam tu sebab anda tak dapat benefit-benefit lain yang company bagi.

Banyak benefit lain.

Peperiksaan
Ada dua exam yang anda kena ambil sebelum bermula. Syarat untuk nak ambil exam ni adalah minimum SPM dengan 5 mata pelajaran lulus. Kalau ada diploma atau lagi tinggi tu lagi baguslah.

Exam yang anda perlu ambil ialah…

  1. PCE – Pre-Contract Examination
  2. TBE – Takaful Basic Examination

Kedua-dua exam ni ada kos dia. Tak mahal jika nak banding dengan pulangan yang anda bakal perolehi. Sebenarnya ini saja modal untuk anda memulakan perniagaan takaful.

Kos exam…

  • PCE 
    RM 89.80 (Termasuk GST)
  • TBE
    RM 84.80 (Termasuk GST)

Untuk mendaftar exam ni, anda perlu buat secara online. Anda boleh buat sendiri atau minta leader anda daftarkan. Exam adalah dalam bentuk computer base. Bukan paper. Jadi semasa exam, anda akan jawab di dalam computer di exam centre.

Pendaftaran PCE
Anda masuk ke website ini MII – iLMS. Cara-cara nak daftar masuk SINI.

Pendaftaran TBE
Anda masuk ke website ini IBFIM – LMS. Cara-cara nak daftar masuk SINI.

Sebelum pendaftaran, anda perlu sediakan salinan sijil SPM dan IC depan belakang. Salinan dalam bentuk .pdf file. Sebab masa pendaftaran anda kena upload salinan tersebut. Untuk memudahkan anda, username dan password anda cuma gunakan saja no IC anda. Dua-dua sama. Senang nak ingat. Anda akan dapat notification kat email anda selepas pendaftaran berjaya dibuat.

Semasa pendaftaran, anda perlu pastikan MASA dan TARIKH dipilih dengan betul. Sebab pendaftaran tak boleh cancel, kecuali tempoh jarak masa yang anda daftar tu masih lambat. Itu pun kena buat permohonan email semua. Proses dia lambat.

Bahan Bacaan
Untuk bacaan/study anda boleh dapat secara online di dalam website selepas pandaftaran. Atau untuk bahan nota dalam bentuk fizikal, anda boleh dapatkan dari leader anda.

Untuk group As Saff Associate, saya sediakan dalam bentuk .pdf file. Nota-nota dan juga senarai soalan-soalan berserta jawapan. Ini untuk memudahkan anda menjawab.

Saya akan berikan setelah pandaftaran anda disahkan.

Masa exam, anda perlu membawa…

  • Exam Permit – Permit boleh dapat/download dari website lepas anda daftar.
  • Sijil SPM anda yang original. Kalau copy anda kena cop certified true copy.
  • IC anda.

Keputusan Exam
Anda akan dapat result on the spot lepas habis exam. Jadi anda boleh tahu sama ada lulus atau gagal serta merta. Kalau lulus, alhamdulillah anda boleh mula daftar sebagai PruBSN Takaful Planner.

Kalau gagal, anda boleh daftar semula exam. Perlu bayar kos lagi. Jadi pastikan anda study betul-betul bahan yang diberi. Kalau anda tak study dan anda gagal, rugilah nak kena daftar baru. Kena bayar lagi.

Pendaftaran Sebagai PruBSN Takaful Planner
Setelah selesai semua urusan di atas, barulah anda boleh mendaftar dengan syarikat Takaful. Sebenarnya dengan result PCE dan TBE di atas, anda boleh saja nak daftar dengan mana-mana syarikat Takaful. Anda boleh buat pilihan sendiri.

Untuk Prudential, ada senarai yang kita perlukan.

  • Anda cuma sediakan gambar 2 keping. Background biru atau putih.
  • Salinan sijil SPM.
  • Salinan IC depan belakang.
  • Salinan result PCE dan TBE.
  • Seorang penjamin.

Yang lain-lain kita akan uruskan. Antara syarat lain, anda wajib BEBAS dari status muflis. Nama mesti clear dari sistem CTOS dan CCRIS.

Dah clear semua tu barulah anda boleh sign Agency Agreement. Kos pendaftaran sebagai ejen ialah…

  • LIAM – Life Insurance Association Malaysia
    RM 47.70
  • MTA – Malaysian Takaful Association
    RM 31.80

Untuk kos di atas, jika dengan As Saff Associates, kita akan sponsored. Ya… insyaAllah kita akan bantu.

Kalau kita kira total kos di atas tu lebih kurang RM260, tak mahal sebenarnya. Lepas anda dapat lesen, dapatkan 5 orang client yang boleh bayar RM150 sebulan caruman setiap orang, bulan ke dua dia bayar anda dah balik modal. Tak rugi satu sen pun.

Lepas tu jika semua clear, tak ada apa-apa masalah, permohonan anda akan lulus. Anda akan dapat Agent Code. Dan… anda boleh mula menjual!

Di Prudential, anda akan diberikan sistem monitoring online. Sistem email corporate. Anda boleh buat kerja dari mana saja.

Bermulanya kerjaya PruBSN Takaful Planner
Setelah semua prosedur di atas lengkap, maka anda boleh bermula menjual. Permulaan sebagai ejen, ada beberapa training yang perlu anda attend.

Leader anda akan menerangkan dengan lebih lengkap apa yang perlu dibuat seterusnya. Bergantung pada agency masing-masing. Anda akan diterangkan dengan CAREER PATH dalam bidang Takaful ini.

Kesimpulan
Simple atau senang cakap, anda kena ambil exam.

  1. PCE
  2. TBE

Dah pass, sediakan semua dokumen yang diperlukan dan sign agreement. Perlukan seorang penjamin.

Bayar kos…

  1. LIAM
  2. MTA

Dapat agent code… dan boleh mula menjual.

Sharing Is Caring
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share